* Wah skrang ni amah indon dah macam-macam kemudahan dorang dapat, nampak macam orang-orang malaysia ni terdesak plak nak pakai amah... erm rasanya kalau takder dorang ni pun takper... cuma kita jer takder masa.. ontah laaaa...
Dengan bayaran serendah RM70 setahun, pembantu rumah Indonesia bakal mendapat perlindungan dan layak menerima pampasan sehingga RM40,000 sahaja jika ditimpa kemalangan ketika berkhidmat apabila skim insurans untuk mereka diperkenalkan tidak lama lagi.
Dua syarikat insurans, Etiqa Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas akan menawarkan beberapa faedah kepada pembantu rumah Indonesia termasuk khairat kematian, bayaran bil hospital dan kos perubatan di bawah skim itu yang dilaksanakan di bawah Program Hal Ehwal Pembantu Rumah (Helper).
Pengerusi Saba Islamic Domestic Help Advisory (Saidha), Sabariah Abdullah berkata, perlindungan insurans tersebut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Indonesia di sini dan kerajaan Malaysia serta disokong oleh 33 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Jemaah Islam Malaysia (JIM).
"Insurans ini dibiayai oleh majikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Helper dan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Saidha, Kedutaan Indonesia dan rakan-rakan strategik.
Beliau berkata, program insurans ini yang akan dilaksanakan tidak lama lagi turut melibatkan dua institusi kewangan, Maybank Berhad dan CIMB Berhad bagi memudahkan pembayaran gaji pembantu rumah dibuat setiap bulan. – Bernama
No comments:
Post a Comment