Korang mesti semangat nak jadi blogger, tambahan kalau blog anda tu memang ramai orang nak masuk dan hits. So kat sini aku nak kongsi skit macam mana nak jadi seorang blogger yang hebat dan boleh buat duit.
1. Peka dengan keadaan semasa.
Seorang blogger yang general haruskan peka dengan apa yang terjadi di sekeliling. Kepekaan blogger ni mestilah sehingga tahap boleh update post secepat mungkin. Ini akan menyebabkan pembaca dan pengikut blog anda sentiasa mengikut update-update dari blog anda. Ini akan meningkatkan traffic blog anda jugak...
2. Pelbagaikan kandungan blog anda.
Kepelbagaian blog anda juga penting. Ini untuk memudahkan enjin-enjin carian senang untuk mencari dan mengenalpasti tag-tag yang anda masukkan dalam blog anda. Kalau boleh pelbagaikan metatag untuk setiap post yang anda masukkan.
3. Design yang menarik.
Tak semua blogger boleh design blog mereka dengan menarik, tetapi cukuplah kalau blog anda tu sedap mata memandang. Ini mungkin akan menarik pembaca atau follower lain untuk masuk dalam blog anda... bagi yang boleh design grafik tu adalah satu kelebihan... anda boleh design sesuatu yang cun dan menarik dan pengunjung mesti suka.
4. Mengetahui asas HTML
Blogger tidak boleh lari daripada mengetahui asas HTML. Ini kerana apa yang dipaparkan pada laman browser anda adalah dari HTML. Tak semua penyedia-penyedia blog seperti blogspot, wordpress dan sebagainya menyediakan tools yang cukup seperti di dalam Dreamweaver atau Frontpage. So jika anda mahir dalam HTML semestinya satu kelebihan buat anda untuk menghasilkan satu blog yang menarik dan terbaik.
5. Sentiasa update mengenai laman web dan grafik
Takkan setahun anda jadi blogger anda maintain dengan design yang sama kan? so korang mestilah sentiasa update pada design-design terkini. Dalam blogspot ni pun banyak design2 terkini yang korang boleh apply. Cuma antara malas dan tak malas jer...
Tunggu sambungan untuk tips-tips berguna seorang blogger nanti....
- I'm WebMaster -
No comments:
Post a Comment