* Chaiyok-chaiyok Malaysia
LEE Chong Wei menjadi wakil tunggal perseorangan lelaki negara meneruskan kemaraan di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Indonesia, selepas Liew Daren kecundang pada pusingan pertama di Istora Senayan, semalam.Chong Wei yang memulakan langkah mempertahankan kejuaraan memastikan kemaraan dengan menyingkirkan pemain muda tuan rumah, Tommy Sugiarto 21-16, 21-8, manakala Daren yang mara dari pusingan kelayakan kecundang selepas memberi tentangan sengit kepada jaguh tuan rumah yang juga pilihan ketiga, Taufik Hidayat 30-28, 21-23, 21-12.
Harapan melihat tiga lagi beregu lelaki mara berkecai selepas pasangan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, Mohd Zakry Latiff-Hoon Thien How dan Mohd Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock tewas kepada lawan masing-masing.
Teik Chai-Bin Shen tewas kepada pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato 21-10, 21-19, Mohd Zakry-Thien How tunduk kepada pasangan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-15, 21-17 manakala Mohd Fairuzizuan-Soon Hock kecundang kepada pilihan keenam dari Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu 21-10, 21-18.
No comments:
Post a Comment