Friday, June 24, 2011

Pakar sahkan pelaku video seks menyerupai Anwar

KUALA LUMPUR: Seorang pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ''tampering'' (diubah-ubah) dan ''superimpose'' (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.
Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim

No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: