LONDON: Sebuah violin jenis Stradivarius yang jarang ditemui mencatat rekod dunia selepas dijual melebihi £9 juta dalam lelongan di London dan hasil jualan akan disalurkan untuk membantu mangsa tsunami dan gempa bumi Jepun.
Seorang pembida yang enggan dinyatakan identiti membayar £9,808,000 (AS$15,894,000, 11,076,000 euro) untuk mendapatkan violin 1721 "Lady Blunt" Stradivarius sekali gus empat kali mengatasi rekod lelongan untuk violin Stradivari.
No comments:
Post a Comment