
Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.
Shah Alam: Bekas isteri Jimmy Shanley, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam, dia mahu mengubah sebahagian perintah hak pengacara dan pelakon itu untuk bermalam dengan anak mereka.
Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28, yang diwakili peguam syarie, Saadiah Din, dalam afidavitnya memaklumkan permohonan dibuat kerana bekas suami tidak mampu menjaga anak perempuan mereka, Zahrah Rania Shanley, 2, dengan baik tanpa bantuan orang lain terutama pada waktu malam berikutan Jimmy tinggal seorang diri.
Katanya, selain masih kecil, Zahrah Rania turut menghidap penyakit brochiolitis sejak Oktober 2012 yang menyebabkannya demam, batuk, selesema dan sesak nafas, sekali gus membimbangkannya jika anak mereka secara tiba-tiba diserang penyakit pada waktu malam.
“Defendan tiada pengalaman jaga anak kecil yang mempunyai penyakit itu. Tambahan pula, anak tidak pernah berpisah dengan saya atau ibu saya bagi tempoh yang lama terutama waktu malam. Saya bimbang dia trauma disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, bermalam bersama defendan,” katanya.
Pada 19 April 2013, Suhaila yang juga anak pengasas produk kosmetik Natasya, memohon mahkamah mengubah hak bersama tanpa bermalam Jimmy dengan Zahrah Rania pada bila-bila masa yang dipersetujui mereka, dengan defendan mengambil anak mulai jam 9 pagi dan memulangkannya pada atau sebelum 6 petang.
Dia juga memohon Jimmy diberi hak bersama tanpa bermalam dengan anak pada hari perayaan setiap tahun, mulai 10 pagi hingga 9 malam. Pada 8 April lalu, mahkamah sama memutuskan hak penjagaan penuh Zahrah Rania diserahkan kepada Nursuhaila, manakala Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam pada Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu.
Pengacara itu juga dibenarkan menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahrah Rania bermula tahun lalu secara bergilir-gilir dengan Nursuhaila. Jimmy diwakili peguam syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus dengan prosiding dilangsungkan di hadapan hakim syarie, Mawardi Che Man yang kemudian menetapkan 21 Mei untuk sambung bicara.
No comments:
Post a Comment