Thursday, August 07, 2014

Kim Kardashian Kongsi Gambar Di Ranjang

Kim Kanye Main Pix
BAHARU tiga bulan bergelar suami isteri, selebriti Kim Kardashian bersemangat berkongsi keintiman dan kebahagian yang sedang dilalui bersama pasangannya Kanye West.
Kim yang baharu sahaja bercuti di Ibiza bagi meraikan ulang tahun suaminya tidak melepaskan peluang memuat naik gambar di ranjang bersama suami untuk tatapan peminat.

Dalam gambar tersebut, Kanye terlihat sedang lena tidur dengan berselimut, manakala Kim masih belum bersedia untuk tidur dan belum menanggalkan solekan di wajahnya.
Kanye tidak menyedari aksi tidurnya telah dirakam oleh isteri melalui gambar selfie tersebut.
kimGambar intim yang dimuat naik oleh Kim Kardashian di laman Instagram miliknya.
Pasangan itu kelihatan kepenatan selepas pulang daripada menghadiri parti ulang tahun rakan mereka di sebuah kelab malam di pulau tersebut.–mStar

No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: