Wednesday, August 19, 2015

BAGAIMANA DAPAT ANDA BERKONGSI RM 5 DG ORANG LAIN DAN MENDAPAT KEBERKATAN DUNIA DAN AKHIRAT

BAGAIMANA DAPAT AKU BERKONGSI RM 5 DG ORANG LAIN
Pagi itu Hj Awang masuk bersembang dg saya dalam pejabat perniagaan saya yg letak bersebelahan.masjid.Dia tidak bercakap hal dunia melainkan pesanan dan peringatan serta nasihat.
Tiba-tiba dia keluarkan duit kertas lima ringgit.Katanya," Cikgu,saya ada sebanyak ini.Kalau saya beli nasi dan minuman untuk tengahari ,habis duit ini,untuk perut dan nafsu saya yg akhirnya menjadi najis.Saya dok fikir bagaimana saya dapat berkongsi duit ini dg orang lain,moga sebahagiannya menjadi kebajikan utk bekalan mati saya." Subhanallah,saya rasa diri ini amat kecil berbanding dia,sedangksn saya memiliki kemewahan yg melimpah.Dia hanya musafir yg singgah.

Saya selalu memilih utk senyum saja kerana takut tersalah cakap dg seorang yg digelar tok wali oleh penduduk Yala,Thailand ini.Tengahari itu saya terserempak dg nya memberi makan kucing yg memang berkeliaran di masjid.Saya faham,dia berkongsi duit lima ringgitnya dg memberi makan kucing yg juga hamba Allah.
Nak ajak semua pembaca bermuhasabah,pernahkah anda memikir seperti hamba Allah ini bahawa setiap sen yg kita miliki patut dikongsi bersama mereka yg memerlukan.Pernahkan anda berfikir setiap sen yg kita ada, sepatutnya tidak dibelanja utk diri kita semata,tetapi hendaklah ia menjadi kebajikan kpd orang lain,menjd sedekah jariah yg akan membantu kita setelah mati.Pernahkan anda berfikir setiap ringgit yg dibelanja,adakah habis utk perut dan dunia shj tanpa faedah selepas mati.
Perhatikan betapa halusnya pemikiran orang yg mahu mendekat diri dg Allah.Kita agaknya dimana,kita bukan ada 5 ringgit,kita mungkin ada ratus,ribu, puluh ribu,ratus ribukita habiskan dipasar puluhan ringgit setiap kali,banyak mana pula utk yg memerlukan,banyak mana pula utk kebajikan, bekalan mati..Tenunglah ringgit yg ada dlm tangan dan cuba bertanya sendirian seperti orang tua itu bertanya saya.Bagaimana sku dapat berkongsi duit ini dg orang lain yg memerlukan moga ia menjadi krbajikan dan bekalan selepas mati.
Kredit FB : ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: