Wednesday, August 12, 2015

Vape On !! Buat penggemar2 VAPE.

VAPE ON!!! Itulah ayat yang sering di mainkan di bibir2 para penggemar vape yang semakin ramai ini. Penggunaa vape ini semakin menular sejak kenaikan harga rokok tempatan beberapa tahun kebelakangan ini. Kedai-kedai atau orang perseorangan yang menjual barangan vape dan cecair vape juga semakin bertambah dari sehari ke sehari, ini termasuk dengan pembancuh2 baru yang mengeluarkan cecair vape yang mempunyai rasa yang berlainan.



Kehangatan vape ini semakin memuncak apabila kerajaan mula campur tangan dengan mengatakan bahawa vape membahayakan kesihatan dan HARAM, kerana ianya mengandungi nikotin yang tidak terkawal dan bahan perasa yang lain. Walaupun rokok mengandungi lebih 4000 racun yang pernah dipaparkan di internet, namun ianya tetap HALAL dijual di Malaysia kerana ianya merupakan sumber cukai yang agak besar.



Namun, satu perkara yang kita bimbangkan adalah penggunaan vape dikalangan kanak-kanak dan budak sekolah, mungkin kita senang nak kesan kanak-kanak yang merokok kerana bau yang agak kuat dan kesan fizikal seperti bibir hitam dan gigi kuning, tapi agak sukar untuk mengesan kanak-kanak yang vape kerana bau nya tidaklah tengik seperti rokok dan tiada kesan fizikal yang lain. Walaupun kedai2 vape mula meletakkan tanda 'Dibawah umur 18 tidak boleh membeli atau masuk', tapi mereka boleh mengirim pada rakan2 yang lain. Ianya agak membimbangkan kerana mereka akan menjadi ketagih dan tidak fokus pada pelajaran. Memandangkan kos untuk barang2 vape agak mahal termasuk cecair, mereka pelajar sekolah ini perlu mencari duit untuk membeli, takut ada pula yang mula mencuri. Di harap ibu bapa dapat memantau anak2 mereka mengenai perkara ini.

Terdapat rungutan mengenai penggemar vape mengeluarkan asap atau wap air yang sangat mengganggu terutama di kedai2 makan, mereka yang vape juga harus menghormati persekitaran kerana mereka bukan berada di kedai vape, tapi di kedai makan yang di kongsi dengan orang lain yang mungkin membawa anak kecil dan golongan warga emas. Kalau nak vape lepas makan boleh la pergi ke tempat yang jauh sedikit atau keluar dari kedai tersebut, lepas tu nak vape on sampai wap air jadi hujan pun takper!



Penyelengaraan barang2 vape juga amat penting, terdapat kes2 seperti mod vape meletup, terbakar dan mendatangkan kecederaan yang serius pada anda dan orang sekeliling anda. Adalah amat penting untuk mengetahui serba sedikit mod atau barang vape yang kita pakai, jangan hanya pakai tapi tak tahu bila perlu tukar kapas, bila perlu recoil balik dan bila perlu untuk tukar mod. Jangan biarkan mod di charge terlalu lama sehingga panas, kalau boleh gunakan pengecas yang dikhaskan untuk mengecas bateri anda. Info mengenai barang2 vape yang dipakai bolehla di perolehi dari kedai2 vape berhampiran.

Walaupun ianya nampak tidak berbahaya, namun sikap dan cara kita mengendalikan peralatan ini ada penting, ianya bukan seperti rokok yang hanya bakar, sedut dan buang. Sensitiviti kemasyarakatan juga perlu dititik beratkan, jgn hembus sesuka hati, tengok keadaan sekeliling terutama jika asap/wap air yang anda keluarkan macam asap fogging! Selalu lakukan maintenance pada barang2 vape anda, cuci bersih2, simpan tempat yang bersih dan selalu mengambil tahu mengenai vape.

-Vape dengan Bermaruah-

No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: