Friday, July 22, 2016

Adi Putra jawab dakwaan kahwin dua

PELAKON dari Singapura yang mencipta nama di negara ini, Adi Putra akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan berkahwin kali kedua yang tersebar baru-baru ini.

Setelah berdiam diri sejak minggu lalu, semalam pelakon berusia 35 tahun itu melalui akaun Instagramnya memberitahu bakal membuat sidang media dalam masa terdekat untuk sesi ‘perkongsian’ bukannya penjelasan.




“Salam, saya akan adakan sidang media utk penjelasan dan saya tetap kotakan janji saya. Kepada semua sahabat rakan media saya akan maklumkan untuk sidang media bagi perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih,” tulisnya.

Adi turut berkongsi keratan akhbar yang mendakwa keluarga wanita yang didakwa sebagai isteri keduanya itu merestui perkahwinan yang berlangsung pada 19 Jun lalu itu.

Gambar perkahwinan keduanya tersebar minggu lalu dan Adi juga membatalkan majlis perjumpaan hari raya serta sambutan ulang tahun peminatnya yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu.
Agak kesal dengan laporan berita itu, Adi mahu mengetahui sumber yang memberi keterangan tersebut kepada wartawan.

“Sedangkan ada baiknya ia datang dari mulut saya sendiri dan sumber memberi (maklumat) tak perlu campur urusan rumah tangga saya dan meletakkan sebagai kesian (wanita itu dihentam netizen).
“Diizinkan Allah saya tak ragu-ragu mengambil tindakan,” katanya.

Melalui akaun Instagramnya sebentar tadi, Adi sempat mengajak mana-mana pihak yang berani memberi pandangan di laman sosial turut hadir pada sidang media itu nanti.
Adi telah mendirikan rumah tangga dengan Aida Yusof, 41 pada 14 April 2006 dan pernah memfailkan perceraian 11 Mei 2012 namun mereka memilih untuk membatalkannya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/adi-putra-jawab-dakwaan-kahwin-dua-1.544184

No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: