Friday, June 24, 2011

Bagaimana menjadi seorang blogger yang hebat...(Part 2)

Salam semua,

Ini sambungan dari part 1, skrang ni saya ingin senaraikan beberapa tools atau perkara yang boleh diambil kira untuk menjadi seorang blogger atau webmaster yang hebat.

1. Mempunyai akaun laman sosial yang popular.

- Seorang blogger atau webmaster haruslah (atau wajib) mempunyai akaun laman web sosial yang popular seperti facebook dan twitter. Akaun tersebut semestinya aktif digunakan untuk memberikan update-update terkini mengenai blog atau laman web anda.

2. Mempunyai rangkaian pengikut-pengikut.

- Anda semestinya seronok jika blog atau laman web anda dilawati oleh ramai orang. Anda boleh menarik perhatian rakan-rakan blog anda dengan menjadi rakan sosial untuk blog mereka. Ini akan menyebabkan mereka juga secara automatik mengikuti laman web atau blog anda.

3. Letakkan blog/website hits counter

- Dengan meletak website counter, anda dapat mengenalpasti berapakan user yang telah melawati laman web anda. Secara psikologinya, apabila user lain melawat laman web anda, mereka akan menganggap laman web anda popular jika bilangan pelawat adalah tinggi. Jadi, mereka akan mencari-cari apakah keistimewaan laman web anda.

4. Letakkan statistik laman web.

- Dengan menggunakan statistik counter seperti Alexa, website atau blog anda akan dinilai berdasarkan pengguna unik dan return visitor yang masuk dalam laman web atau blog anda. Semakin berkurangan statistik counter tersebut, semakin baik lah laman web anda. Ini menandakan laman web atau website anda adalah popular!

5. Banyakkan gambar yang menarik.

- Secara psikologinya, mata manusia amat tertarik dengan perkara-perkara yang berwarna. Adakah anda mahu baca teks yang panjang berbanding dengan gambar yang mewakili perkara yang anda ingin sampaikan? Rasanya tak ramai yang sanggup nak baca sesuatu yang panjang berjela-jela... jadi pastikan teks anda padat, ringkas dan mempunyai gambar yang menarik dan daaa boommmmm....

Ok itu sahaja tip setakat ini, tunggu tips yang seterusnya... :)

Part 1 : http://anythingsintheworld.blogspot.com/2011/06/bagaimana-menjadi-seorang-blogger-yang.html


- Web Master -




No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: