Wednesday, February 26, 2014

Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak, Lulus Dengan Hensemnya!!!

Kah kah kah. Power gila Sharnaaz Ahmad ini. Memang terbaik ah brother ini. Disuruh mendapatkan rawatan doktor oleh Fauzi Nawawi, Sharnaaz tidak menghampakan permintaan tersebut dengan memeriksa otaknya. Hasilnya? Lulus dengan cemerlang dan hensem sekali.
scan otak sharnaaz
Tak sangka Sharnaaz ini penuh dengan sindiran dan kelakar juga orangnya. Respek bro!!! Tulis Sharnaaz di akaun Instagramnya:-
Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss
scan otak sharnaaz
Mungkin lepas ini Fauzi Nawawi pulak pergi buat scan otak untuk adilkan keadaan? Kita sudah tahu yang Sharnaaz punya. Kalau Fauzi Nawawi pun pergi buat memang klasik sangat-sangat. Terbaik!!!
Sumber: Beautifulnara

Kenyataan panas fauzi nawawi kepada shanaaz ahmad... makin panas nampaknya...


Fuh!!! makin panas plak sengketa antara shanaaz dengan fauzi dan lisdawati ni... bawah ni adalah komen Fauzi kepada Shanaaz ahmad... panas-panas... 

Sumber MStar

Rasanya, lebih baik Sharnaaz pergi menjalani rawatan doktor kerana watak Jebat yang bersikap garang dan kasar mungkin sudah meresap ke dalam dirinya, memandangkan sudah empat bulan tanpa henti dia terlibat dengan penggambaran drama itu.
Selain itu, baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang ‘melekat’ dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita. Sedangkan wanita bersifat lembut yang ingin dikasihi dan dibelai
fauzi nawawi
Harapnya ada jalan penyelesaian antara mereka berdua ni, gado2 pun esok lusa jumpa balik kat set pengambaran atau anugerah.. hmmm,... dunia artis.

Tuesday, February 18, 2014

Dato' Siti Nurhaliza kini bergelar nenek

Penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza kini memegang pangkat nenek apabila anak tirinya, Anas Zawawi selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.
Anas Zawawi, anak lelaki Dato’ K mengahwini Nasha Alyssa yang merupakan anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn pada 24 November tahun lalu.
Justeru Siti dilihat turut mengirim tweet tahniah kepada besannya itu.

tahniah

Siti dilihat turut menerima banyak ucapan tahniah atas ‘status’ barunya ini.

ct nenek

Dalam pada itu Datuk Seri Hishamuddin kelihatan amat teruja dengan kehadiran cucunya yang diberi nama Ayden ini.
Lihat sahaja gambar yang dikongsikan di laman Twitter beliau.

Fullscreen capture 12132013 121159 PM
Fullscreen capture 12132013 122705 PM

Apa pun, didoakan semoga Ayden menjadi anak yang soleh dan berjasa dalam keluarga.
Apa pun pangkat nenek bukan penghalang untuk Siti menimang cahaya mata sendiri jika ada rezeki satu hari nanti.
Maklumlah walaupun bergelar nenek, Siti masih muda dan sihat. Tak keterlaluan dikatakan, inilah nenek paling ‘glamer’ di Malaysia! 

Kes Jimmy Shanley hangat kembali


 Bekas isteri  risau Jimmy tak mampu jaga baik anakJimmy ketika hadir ke Mahkamah
 Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.


Shah Alam: Bekas isteri Jimmy Shanley, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam, dia mahu mengubah sebahagian perintah hak pengacara dan pelakon itu untuk bermalam dengan anak mereka. 

Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28, yang diwakili peguam syarie, Saadiah Din, dalam afidavitnya memaklumkan permohonan dibuat kerana bekas suami tidak mampu menjaga anak perempuan mereka, Zahrah Rania Shanley, 2, dengan baik tanpa bantuan orang lain terutama pada waktu malam berikutan Jimmy tinggal seorang diri. 

Katanya, selain masih kecil, Zahrah Rania turut menghidap penyakit brochiolitis sejak Oktober 2012 yang menyebabkannya demam, batuk, selesema dan sesak nafas, sekali gus membimbangkannya jika anak mereka secara tiba-tiba diserang penyakit pada waktu malam. 

“Defendan tiada pengalaman jaga anak kecil yang mempunyai penyakit itu. Tambahan pula, anak tidak pernah berpisah dengan saya atau ibu saya bagi tempoh yang lama terutama waktu malam. Saya bimbang dia trauma disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, bermalam bersama defendan,” katanya. 

Pada 19 April 2013, Suhaila yang juga anak pengasas produk kosmetik Natasya, memohon mahkamah mengubah hak bersama tanpa bermalam Jimmy dengan Zahrah Rania pada bila-bila masa yang dipersetujui mereka, dengan defendan mengambil anak mulai jam 9 pagi dan memulangkannya pada atau sebelum 6 petang. 
Dia juga memohon Jimmy diberi hak bersama tanpa bermalam dengan anak pada hari perayaan setiap tahun, mulai 10 pagi hingga 9 malam. Pada 8 April lalu, mahkamah sama memutuskan hak penjagaan penuh Zahrah Rania diserahkan kepada Nursuhaila, manakala Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam pada Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu. 

Pengacara itu juga dibenarkan menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahrah Rania bermula tahun lalu secara bergilir-gilir dengan Nursuhaila. Jimmy diwakili peguam syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus dengan prosiding dilangsungkan di hadapan hakim syarie, Mawardi Che Man yang kemudian menetapkan 21 Mei untuk sambung bicara.

Koleksi kereta mewah artis Malaysia, siapa cakap artis Malaysia tak mampu?

Koleksi gambar Artis Malaysia Bersama Kereta Milik Mereka

Ramai yang ingin mengetahui apakah jenis kereta yang artis kesayangn mereka gunakan. Ha, inilah sedikit sebanyak beberapa artis yang menayangkan kereta mereka ( kredit to: blog selebriti)

Ramai yang tidak tahu gaji artis agak banyak juga. Jika menjadi Hero dalam sebuah filem boleh mencecah 5 angka juga. Tapi tengok pada populariti jugalah.

Kalau penyanyi, yang cikai pun satu lagu rm 500 hingga rm 1 ribu. Kalau yang popular tu boleh cecah 5 angka satu show.

Tetapi jangka hayat mereka juga tidak menentu, oleh itu artis juga harus bijak berjimat atau melabur.

jom layan gambar: 
Norman KRU
fahrin
SchaWal
Siti Nurhaliza
Raja Azura ( kiri), Anuar Zain ( kanan)

Isteri Rayu Herman Tino Tidak Malukan Diri Tanding DUN Kajang


Herman Tino
PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Herman Tino iaitu Noraini Ibnu berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.
Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.
"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.
"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.
"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Noraini Ibnu (kanan) bersama Herman Tino. Gambar dari Facebook milik Noraini.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag#Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.
Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.
Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.
Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.
"Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.
"Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang

Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang
BAYANGKAN anda seorang wanita yang ditumbuhi janggut dan jambang sama seperti lelaki.
Adakah anda mampu melalui ‘keanehan’ ini tanpa rasa malu seperti Harnaam Kaur, 23, yang berasal dari Slough, Berkhshire ini?
Dilahirkan normal, Kaur mula ditumbuhi jambang seawal usia 11 tahun lagi.
Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang
Mengakui pernah berasa tertekan akibat diejek rakan-rakan, dia mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan jambang tersebut termasuklah dengan mencabut dan melunturkan warnanya.
“Saya dibuli dengan teruk. Di sekolah, mereka memanggil saya ‘Si Jambang’ dan ‘pondan’,” katanya.
Bagaimanapun, selepas dibaptiskan sebagai Sikh pada usia 16 tahun, dia berhenti membuang jambang tersebut biarpun ia sudah mula merebak hingga ke dadanya.
Ini kerana, agama tersebut melarang mereka daripada mencabut atau memotong sebarang rambut yang terdapat pada tubuh.
“Saya tak akan lakukannya lagi kerana Tuhan sudah menciptakan saya sebegini. Saya rasa lebih feminim dan seksi sekarang.
“Saya cuba untuk mencintai diri saya dan tiada apa yang dapat menggoyahkan saya kini,” ujarnya.
Tambah Kaur lagi, abangnya merupakan penyokong utama keputusannya dan berkata dia tetap cantik dengan jambang tersebut.
Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang
Bagaimanapun, ia menimbulkan kebimbangan ibu-bapanya yang khuatir jika anak mereka tidak dapat berkahwin dan mendapat pekerjaan akibat jambangnya itu.
Dengan keyakinan itu, Kaur yang kini seorang pembantu pengajar di sebuah sekolah tidak lagi teragak-agak untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh gadis lain seperti membeli-belah dan bersiar-siar.
Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang
“Saya harap gadis lain di luar sana dapat menemui kekuatan seperti yang saya ada sekarang. Jalanilah hidup yang anda mahukan kerana ia milik anda,” katanya.
Gadis Sikh Tak Mahu Lagi Cukur Jambang

Selepas Bercerai, Erra Kembali ‘Bersatu’ Dengan Awie….

SETELAH bercerai, Erra Fazira dan bekas kekasihnya, Awie akan ‘bersatu’ kembali. Selepas Bercerai, Erra Kembali 'Bersatu' Dengan Awie....
Namun bukanlah sebagai sang kekasih, tetapi sekadar mengembalikan nostalgia dalam filem-filem yang pernah mereka lakonkan bersama Ziana Zain dalam pementasan teater Suara Kita pada Mac ini.
Menerusi Awie Entertainment Sdn Bhd, rockers ini tampil membawa semua mengingati semua zaman kegemilangan 3 personaliti hebat ini ke pentas teater untuk pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya pada Mac ini.
Gabungan ketiga-tiga Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan diiringi oleh susunan muzik daripada Edrie Hashim manakala pengarahan akan dibuat oleh Erma Fatima yang terkenal dengan cara pengarahan yang berjaya di beberapa pementasan teater terdahulu.
“Kami semua sudah melalui zaman-zaman yang lepas dimana pelbagai kisah yang berlaku dan terjadi. Ia merupakan asam garam dan kini kami tampil secara professional untuk melaksanakan idea yang cukup menarik melibat kami bertiga.
“Perkara yang negatif itu semua dilupakan dan diharapkan ramai yang menyokong pementasan ini agar menjadi antara penutup buat legasi filem-filem yang hebat dizaman itu seperti Maria-Mariana, Sembilu dan Merah,” ujar Awie selaku salah seorang produser dan tunggak utama bagi pementasan konsert Teaterikal Suara Kita itu.
Bagaikan sebuah pengakhiran dan penutup kepada legasi itu, Erra Fazira yang teruja ingin bersama-sama mementaskan Suara Kita agar dapat mengembalikan nostalgia peminat khususnya peminat filem-filem lakonan mereka bertiga.
“Jangan katakan peminat, saya sendiri pun teruja untuk kembali melakokan kan babak-babak serta adegan yang ada dalam filem yang disenaraikan. Antara adegan yang ingin saya lakonkan semula ada adegan menampar Awie,” ujarnya sambil berseloroh ketika temubual dibuat dengan mereka bertiga.
Bagi Ziana Zain, dia bagaikan tidak percaya masih dapat untuk kembali beraksi memainkan watak-watak yang meninggalkan kesan dalam dirinya dan sudahn tentunya masyarakat.
Tetapi bagaimana ia akan dibawakan semula oleh penyanyi hebat ini, dia berharap peminat akan hadir menonton sendiri teater Suara Kita ini di Istana Budaya.
“Kepada anda peminat yang rindukan dialog mahupun adegan yang ada didalam filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Merah, jangan lupa untuk hadir dan menyaksikan kami kembali membawkaan watak masing-masing ketika pementasan itu.
“Begitu juga dengan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan juga harap dapat mengimbau semula nolstalgia anda terhadap lagu-lagu serta filem itu sendiri. Kalau sesiapa ingin saksikan Awie dan Erra berduet, ini masa anda untuk menyaksikannya buat pertama kali pasangan ini berduet untuk lagu baru di pementasan ini,” ucap Ziana kepada wartawan ketika ditemubual mengenai penglibatannya dalam teater yang diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd ini.
Menurutu Murai.com, teaterikal Suara Kita yang dipentaskan selama tujuh hari berturut-turut bermula 3 Mac akan dipecahkan kepada dua segmen iaitu konsert yang menampilkan Awie, Erra dan Ziana menyampaikan beberapa buah lagu malar segar daripada album solo mereka.
Segmen kedua iaitu teater muzikal adalah karya baharu yang diadaptasi daripada babak-babak popular filem Sembilu, Sembilu 2, Merah, Tragedi Oktober dan Maria Mariana dan diselang-seli dengan nyanyian.

Tidak mahu besar kepala

KEITH bukan sahaja menjadi tumpuan peminat tetapi juga pihak media.


LAKONAN yang ditampilkan oleh Keith Foo dalam drama bersiri Ariana Rose yang baru sahaja berakhir pada minggu lalu telah memberikan impak tersendiri buat dirinya di kala usaha gigihnya mencipta nama di negara kelahiran sendiri.
Buktinya, ketika berlangsungnya acara siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, kehadiran Keith menjadi tumpuan ramai sehingga pergerakannya terpaksa dikawal ketat.
Melihat kepada perjalanan seni pelakon yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu, bukan mudah buat dirinya menempa nama sebagai anak seni di negara kelahiran sendiri setelah satu tahun merantau ke Hong Kong dan lapan tahun merantau di Indonesia pada usia seawal 20-an.
Mengambil keputusan kembali bermastautin di Malaysia sejak dua tahun lalu, baru kali ini kehadirannya dalam industri hiburan tempatan semakin mendapat tempat lantaran wataknya sebagai Tengku Adam Kamil menerusi drama tersebut diminati penonton.
Dalam suasana cukup sesak dikelilingi orang ramai yang hadir pada acara tersebut, pelakon itu masih mampu memberikan kerjasama apabila diminta untuk ditemu bual oleh wartawan.
"Tidak sangka pula sambutan penonton terhadap drama Ariana Rose sangat menggalakkan. Sudah tentu ia cukup menggembirakan diri saya sepanjang bergelar pelakon di negara sendiri.
"Bukan mudah untuk memegang watak tersebut pada peringkat awal sehingga membuatkan saya cukup tertekan, tetapi apabila mengetahui tentang sambutan yang diterima pastinya ia sangat berbaloi," luah pelakon berdarah kacukan Cina (bapa) dan India (ibu) itu.
Memandangkan namanya yang kini semakin menjadi sebutan sehingga berjaya meletakkan namanya sebaris dengan pelakon lelaki popular lain, Keith menegaskan ia sesekali tidak akan membuatnya cepat lupa diri.
Sedar tentang populariti yang dikecapinya itu merupakan hasil sokongan peminat yang mula menerima kehadirannya sehingga namanya meniti di bibir peminat, ia akan dijadikan pembakar semangat untuk mengembangkan lagi karier lakonannya.
"Tiada perubahan ketara dalam kehidupan saya ketika mula-mula kembali ke Malaysia dahulu dan sekarang ini.
"Bezanya, kini saya sudah mula didekati peminat yang ingin bergambar dan ia satu pencapaian yang sangat menggembirakan dan menjadi bukti kehadiran saya diterima ramai.
"Sokongan peminat merupakan faktor paling utama terhadap kejayaan seseorang artis. Kalau saya bersikap besar kepala dengan peminat, pastinya diri saya tidak akan dikenali ramai seperti sekarang," tegasnya.
Menyambung cerita tentang populariti, Keith turut diminta pandangannya apabila ada dakwaan yang mengatakan keputusannya untuk kembali ke negara kelahirannya disebabkan namanya yang semakin tenggelam di Indonesia.
Tidak terkejut dengan dakwaan tentang popularitinya yang dikatakan semakin merudum di Indonesia, anak bongsu daripada empat beradik itu menjelaskan faktor utama dia pulang ke Malaysia kerana ingin dekat bersama ahli keluarganya.
"Pada usia yang sudah mencecah 31 tahun sekarang ini, sudah tiba masanya saya berdekatan dengan ahli keluarga setelah meninggalkan mereka dalam tempoh yang cukup lama.
"Kalau dikatakan saya sudah tidak laku lagi di Indonesia, sepanjang kepulangan saya masih banyak lagi tawaran lakonan yang diterima daripada penerbit dan pengarah di sana.
"Namun begitu, keutamaan saya kini lebih bertumpu di Malaysia sahaja," ujarnya.
Masalah pertuturan
Biarpun dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia sehingga meningkat usia remaja, pelakon kacak yang semakin digilai peminat wanita itu pernah berhadapan dengan masalah pertuturan ketika mula-mula berlakon dengan produksi tempatan.
Berada di negara seberang dalam tempoh yang cukup lama sehingga sudah terbiasa berbahasa Indonesia dikatakan sebagai punca utama, akui Keith, dia mengambil masa untuk membiasakan diri.
"Ketika berlakon dalam drama bersiri Love You Mr. Arrogant tahun lalu, pertuturan saya dalam bahasa Indonesia masih lagi terlalu pekat. Ia serba sedikit memberi tekanan kerana ia mengganggu tumpuan saya sewaktu berlakon.
"Bagi mengatasi masalah tersebut saya memaksa diri sendiri untuk bercakap bahasa Melayu dengan betul dengan bantuan rakan-rakan pelakon lain.
"Akhirnya, masalah tersebut telah dapat diatasi dan itu merupakan antara cabaran paling sukar," ujarnya yang kini semakin fasih berbahasa Melayu.
Meluahkan rasa gembiranya apabila tawaran berlakon yang diterima semakin mencurah-curah, Keith mendedahkan, dia akan tampil di layar perak pula dan bakal membintangi sebuah filem yang masih belum boleh diumumkan judulnya lagi buat masa ini.
Kontroversi
Di sebalik populariti yang dikecapinya apabila menjadi teraju utama drama bersiri Ariana Rose, timbul pula kontroversi kerana terdapat babak dia bersolat dan membaca al-Quran sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Sudah dapat menjangkakan persoalan tersebut akan diajukan kepadanya, ujar Keith, apabila memegang watak sebagai seorang lelaki Muslim dalam sesebuah drama, ia sebenarnya memberi kelebihan buat dirinya untuk mengenali agama Islam secara lebih dekat.
"Mungkin ramai yang tidak tahu salah seorang kakak saya merupakan seorang mualaf dan sudah lama menganut agama Islam.
"Saya selalu bertanya tentang amalan yang dilakukan kepadanya sebagai seorang Muslim.
"Apabila saya diberi peluang menjadi muslim dalam sebuah drama pula, ia membuka peluang buat diri saya mendapat lebih banyak informasi tentang Islam," jelasnya.
Menurut Keith, dia juga tidak berasa terlalu janggal memegang watak lelaki Muslim memandangkan dia sudah pernah diberi peranan sedemikian ketika berlakon dalam beberapa buah sinetron di Indonesia dahulu.
"Biasanya, sebelum memulakan lakonan saya akan bertanya kepada individu yang arif terlebih dahulu supaya tiada sebarang kesilapan yang berlaku sehingga memberi gambaran yang salah kepada penonton," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2tf3s86wx 
Hakcipta terpelihara 

Pen. Pegawai Daerah Banyak Beribadat Sebelum Meninggal

Wan Hariff Rafany Wan Muda

BESUT – Wan Hariff Rafany Wan Muda, Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu yang mayatnya ditemui terapung di Sungai Tajin, Kuala Berang di Hulu Terengganu semalam dikatakan banyak beribadat sejak kebelakangan ini.
Isterinya Norull Shazrina Shafie, 33, berkata suaminya yang beliau panggil  ‘Abi’ didapati sering bersembahyang hajat, mengaji al-Quran dan berzikir.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi menganggapkan perbuatannya itu sebagai perubahan yang positif demi kebaikannya dan untuk kita sekeluarga,” katanya di rumah bapa mentuanya di Kampung Limbongan dekat sini hari ini.
Menurutnya, sebelum kejadian suaminya tidak meninggalkan sebarang pesanan dan hanya berbual perkara biasa dengan beliau dan dua anak mereka yang berumur empat dan enam tahun.
Wan Hariff Rafany, 35, dilaporkan hilang pada Sabtu lepas sebelum mayatnya di temui di sungai itu.
Norull Shazrina, guru di sebuah sekolah menengah di Marang berharap orang ramai tidak mempunyai tanggapan negatif terhadap kematian suaminya dan menyerah kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Mayat Allahyarham dibawa balik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ke rumah bapanya pada pukul 8 malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja di sini selepas sembahyang Isyak.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh, Muhammad Pehimi Yusoff, Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Adun Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan. – BERNAMA

Monday, February 17, 2014

Remaja Yang Pernah Popular Kes Buli Meninggal Dunia

munir gone

Fanpage Oh! Media melaporkan bahawa salah seorang daripada pelajar yang pernah terabit dalam satu kes buli di Pulau Pinang pada tahun 2013 telah meninggal dunia.

Berikut petikan pada fanpage berkenaan;
“Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang Jaya yang femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu?
Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.
Di tengah yang pakai baju merah (gambar di atas) tu namanya Allahyarham Munir.
Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang. Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu dia tercampak dan meninggal dunia.
Arwah meninggal pada pagi Jumaat.
Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut.”

Erra Fazira & Engku Emran Cerai, Suami Dapat Hak Penjagaan Anak

SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.
Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).
Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.
Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.
Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007
Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.
"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya.
Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Penyanyi dangdut Nyatakan Minat Tanding PRK Kajang


PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.
Beliau yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.
Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.
"Saya akan menunggu isyarat dalam talian daripada pengundi di Kajang dalam masa 10 hari akan datang sebelum membuat keputusan muktamad. Saya mestilah mendapatkan kebenaran pengundi di sana kerana saya tinggal di tempat lain iaitu di Tanjung Karang," kata Herman.
Beliau adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR telah mencalonkan ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.
Herman Tino
Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.
"Saya mahu bertanding di Kajang sebagai tanda protes terhadap percubaan Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar," kata Herman, atau nama sebenarnya Masrum Tamsi.
Herman berkata, sebagai anak Selangor, beliau tidak mahu melihat negeri itu menjadi mangsa permainan politik.
"Sudah tiba masanya kita mengatakan tidak kepada pembulian politik. Kita perlukan pemimpin yang berpandangan jauh yang membuat perancangan bagi kepentingan orang ramai, bukannya seseorang yang melakukannya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.
Herman berkata beliau menentang sebarang percubaan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya pasti ramai di Selangor berkongsi sentimen yang sama untuk menghalang Anwar, yang merupakan orang luar yang berhasrat mendapatkan jawatan menteri besar," katanya.
Herman telah bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum dan disingkirkan dari Umno tahun lepas.

Bakal Suami artis kuat cemburu...



    Hanez Suraya
    PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan membataskan aktiviti kerjaya lakonan selepas berumah tangga bagi menjaga perasaan suami.
    Hanez, 29, berkata, biarpun belum membincangkan tentang perjalanan kerjaya seninya selepas berkahwin, namun dia akur andainya terpaksa menarik diri dari dunia seni.
    "Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukkan.
    "Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam, kalau keluar siang sekalipun kena balik awal.
    "Setakat ini belum ada perbincangan tentang kerjaya, tetapi kalau dia tidak benarkan saya berlakon pasti dia akan gantikan saya dengan sesuatu yang lain untuk dilakukan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
    Pelakon Autumn Di Hatiku ini mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun pada tahun ini.
    Tambah Hanez, dia kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinan tersebut dan mencari lokasi yang sesuai untuk majlis 'raja sehari' itu.


    "Insya-Allah pada tahun ini kami akan berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai.
    "Kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti," katanya.
    Dalam pada itu, Hanez berkata, dia mengimpikan untuk mengadakan majlis bertemakan perkahwinan dalam taman.
    Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan bakal suaminya itu, Hanez berkata, lelaki itu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengambilnya sebagai isteri.
    "Dia bukan sahaja menunjukkan tanggungjawab kepada saya, tetapi juga kepada keluarga saya.
    "Dia seorang yang matang biarpun tidak romantik, namun saya rasa selamat berada di sisinya," katanya.
    Dalam perkembangan lain, Hanez bakal keluar dengan drama bersiri Autumn Di Hatikumusim kedua di Tonton tidak lama lagi.

    Sunday, February 16, 2014

    Pemain Bola Sepak Malaysia Maut Di tetak

    Seorang ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan pengsan di pekarangan Unit Forensik HRPB, semalam.

    IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

    Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

    Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

    Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

    “Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor," katanya.

    Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.
    Configuration After installing, you might want to change these default settings: