Xiaomi telah memperkenalkan MIUI7 pada minggu lepas di China, dan hari ini, di India, mereka turut mengadakan sebuah acara khusus dan memperkenalkan ia pada peringkat global. Menariknya, berbeza dengan pengumuman di China, pihak Xiaomi kali ini berkongsi pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh MIUI7 ini.
Xiaomi mengatakan MIUI7 membawakan kadar respon 30% lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penawaran penggunaan bateri 25% lebih lama berbanding sebelumnya. Kedua-dua perkara ini adalah fungsi dan permintaan yang menerima undian tinggi daripada para pengguna MIUI.
Performance
Battery Life
Selain prestasi, pihak Xiaomi turut ingin memudahkan pengguna menyerlahkan lagi peranti berdasarkan kepada citarasa mereka. Kali ini, melalui MIUI7, sebanyak empat tema asasdisertakan, iaitu High Lige, Pink Blush, Ocean Breeze dan juga tema asli. Masing-masing direkabentuk dan membawakan penggunaan tema yang berbeza mengikut citarasa pengguna. Namun, jika ia tidak memadai, pengguna turut boleh memuat-turun pelbagai penawaran tema daripada kedai aplikasi khusus untuknya secara percuma.
Beberapa ciri-ciri baru turut disertakan pada MIUI7 ini, dimana salah satunya adalah kebolehan untuk mengubah paparan saiz teks daripada pilihan S sehingga XXL – mengikut daya baca seseorang.
MIUI7 turut menyertakan sebuah fungsi baru pada galeri dinamakan sebagai Baby Album. Menggunakannya ia menggunakan fungsi pengecaman wajah untuk mengenal pasti wajah bayi, dan seterusnya mengkategorikan ia dalam satu album khusus untuk anda lihat.
Disamping itu, fungsi Child Mode turut disertakan, membolehkan anda mengaktifkan sebuah mod khusus dan membolehkan anak atau adik anda hanya mengakses beberapa aplikasi terpilih sahaja – sementara tidak memberikan akses kepada aplikasi permesejan, emel dan sebagainya.
Satu lagi fungsi yang turut ditambah pada MIUI7 ini adalah dinamakan sebagai Showtime, dimana pengguna boleh menambah video lima saat pada buku alamat, dan ia akan memaparkan video tersebut apabila seseorang membuat panggilan. Ini sekaligus mengantikan penggunaan gambar semata-mata, selain menjadikan skrin paparan panggilan anda lebih interaktif lagi.
Xiaomi juga turut mengumumkan kerjasama dengan Opera Software dan menyertakan Opera Max pada MIUI7. Ini membolehkan pengguna menjimatkan penggunaan data sehingga 50% ketika melayari web atau mengakses gambar dan sebagainya daripada web pada peranti mudah-alih mereka.
Xiaomi MIUI7 akan ditawarkan dalam bentuk beta bermula 24 Ogos ini, dimana ia menyokong Redmi 1s, Redmi 2, Mi3/4/4i, Redmi Note 3G/4G. Anda boleh mendapatkan ROM untuknya bermula minggu hadapan dan mencuba terus pada peranti anda. Tetapi memandangkan ia masih pada peringkat beta, maka mungkin terdapat masalah kestabilan dan pepijat yang masih belum dikenal-pasti lagi.
Sumber Rujukan : Amanz
No comments:
Post a Comment