Wednesday, August 19, 2015

Zizan Razak bercinta dengan Ummi Nazeera pulak?

Masih lagi berahsia berkenaan dengan perkahwinannya, nampaknya baru-baru ini, Zizan Razakdihambat lagi dengan gosip bahawa dia kini sudah mula keluar dengan Ummi Nazeera. Tidak berdalih, Zizan mengakui dia sememangnya keluar bersama pelakon wanita tersebut.



“Saya mengakui yang saya ada keluar makan bersama Ummi beberapa kali, tetapi kami tidak keluar berdua. Kami ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing,” jelas Zizan kepada Muraiselain turut mengakui kekok pada mulanya ketika di awal perkenalan.
Namun kini pelakon, pelawak dan pengacara ini menjelaskan bahawa dia selesa berkawan dengan Ummi selain menghormatinya sebagai rakan.
“Selepas bekerja dengan Ummi, saya mula mengenalinya sebagai kawan. Dia seorang yang baik dan saya sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat. Buat masa ini, hubungan kami tidak lebih dari itu. Saya selesa berkawan dengan Ummi,” tambahnya lagi. 
Kredit : Rotikaya

No comments:

Post a Comment

Configuration After installing, you might want to change these default settings: